Ibu Buang Anak Umur 2 Tahun karena Suami Baru tidak Suka

Anak merupakan amanah daripada Maha Pencipta kepada suami isteri yang sudah berumahtangga. Oleh sebab itu, amanah tersebut hendaklah dijaga dan diberi perhatian sebaiknya.

Namun, masih ada ibu bapa yang tergamak mendera dan membuang anak yang masih kecil hanya disebabkan berlaku penceraian atau perkahwinan baru.

Buang anak depan pusat kebajikan
Menerusi perkongsian yang dibuat oleh seorang pekerja sosial dari negara Thailand, dia telah menceritakan perihal seorang kanak-kanak yang dihalau oleh ibunya kerana suami baru wanita itu tidak mahu kanak-kanak tersebut ada dalam kehidupan baru mereka.

Suami baru tak terima anak
Kanak-kanak tersebut ditinggalkan di hadapan pusat kebajikan dan diminta menekan loceng pagar pusat tersebut sebelum wanita itu beredar menggunakan motosikal.

Kanak-kanak itu juga membawa sekali satu beg plastik pakaian, patung mainan dan sekeping surat daripada ibunya. Melalui tulisan dari surat tersebut, ibunya memberitahu bahawa tidak mampu membesarkan anaknya kerana miskin dan suami barunya tidak menerima kanak-kanak itu sebagai anak.

Parut hampir seluruh badan
Ekoran daripada kedatangan kanak-kanak malang di pusat kebajikan itu, pihak mereka telah membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan kerana terdapat banyak kesan kecederaan di badannya.

Besar kemungkinan kanak-kanak tersebut didera oleh ibu bapanya kerana kesan kecederaannya berlaku di banyak tempat di anggota badan.

Setakat ini, siasatan daripada pihak polis sedang giat dijalankan dan kanak-kanak tersebut sedang menerima rawatan bagi menyembuhkan kecederaan yang dihadapi.